Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Injil Lukas 18 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)


FATSAL XVIII.

1 MAKA bŭrkatalah iya kapada marika itu dŭngan suatu pŭrumpamaan, dŭmkian, Bahwa manusia itu patutlah slalu mŭminta doa, jangan bŭrlŭlah.

2 Katanya, Maka adalah dalam sa’buah nŭgri sa’orang hakim yang tiada mŭnakoti akan Allah, atau mŭngindahkan manusia.

3 Maka adalah sa’orang pŭrampuan janda dalam nŭgri itu, datanglah iya kapadanya, katanya, Balaskanlah halku dŭngan musohku itu.

4 Maka sŭmŭntara itu hakim tiada mahu, tŭtapi kumdian bŭrfikirlah iya dalam hatinya, mŭski pun aku tiada takot akan Allah, atau mŭngindahkan manusia,

5 Maka ulih sŭbab pŭrampuan ini mŭnyusahkan aku, maka aku akan sŭlŭsiekan dia, asal jangan iya datang slalu mŭmŭnatkan aku.

6 Maka Tuhan bŭrkata, Skarang dŭngarlah apa yang dikatakan ulih hakim yang tiada adil itu.

7 Maka bukankah nanti dibalaskan Allah akan orang mileknya sŭndiri, yang tŭlah mŭmohonkan padanya siang dan malam, mŭski pun disabarkannya lama lama?

8 Maka aku bŭrkata kapadamu, iya akan mŭmbalaskan itu dŭngan sŭgranya. Maka kalau pun Anak manusia datang, nantikah didapatinya iman diatas bumi ini?

9 Maka Isa bŭrkata akan pŭrumpamaan ini kapada orang orang anu yang harap akan dirinya sŭndiri, iyalah sahja bŭnar, dan dibŭnchikannya orang lain lain.

10 Maka adalah dua orang masok kŭdalam ka’abah mŭminta doa, iya itu sa’orang orang Farisia, dan sa’orang orang mŭmŭgang chukie.

11 Maka orang Farisia itu bŭrdiri, sambil mŭminta doa dŭmkian: Allah, aku mŭnguchap shukor akan dikau, yang aku ini tiada spŭrti orang lain, iya itu pŭrampas, atau tiada adil, atau pŭrsundalan, atau mŭski pun spŭrti orang mŭmŭgang chukie ini.

12 Aku ini puasa dua kali sa’jŭmaat, dan aku mŭmbayar sa’puloh asa deripada sagala milekku.

13 Maka orang yang mŭmŭgang chukie itu ada bŭrdiri jauh jauh, tiadalah iya sampie handak mŭnŭngadah kŭlangit, mŭlainkan ditŭpok tŭpoknya dadanya, katanya, Allah, kasihankanlah akan daku sa’orang bŭrdosa.

14 Aku bŭrkata kapadamu, bahwa orang ini pulanglah karumahnya, iya itu dibŭnarkan tŭrlebih deripada orang lain itu, kŭrna barang siapa mŭmbŭsarkan dirinya itu, iya itu akan dihinakan, dan orang yang mŭrŭndahkan dirinya itu, maka iya itu akan dibŭsarkan.

15 Maka dibawa ulih marika itu kanak kanak pun, supaya dijamahnya akan dia, tŭtapi apabila dilihat ulih murid muridnya itu, ditŭngkinglah ulih marika itu akan dia.

16 Tŭtapi dipanggil Isa akan marika itu kapadanya, sŭrta katanya, Biarkanlah kanak kanak datang kapadaku, maka janganlah dilarangkan dia, kŭrna sŭbagienya itulah krajaan Allah.

17 Sŭsungguhnya aku bŭrkata kapadamu, barang siapa yang tiada akan mŭnŭrima krajaan Allah spŭrti sa’orang kanak kanak, maka orang itu skali kali tiada bulih masok kŭdalamnya.

18 Maka sa’orang pŭnghulu anu bŭrtanya kapadanya, katanya, Guru yang baik, apakah yang patut kupŭrbuat supaya mŭmpusakai slamat kŭkal?

19 Maka kata Isa kapadanya, Mŭngapakah angkau mŭmanggil aku baik? Sa’orang pun tiada yang baik, mŭlainkan satu, iya itu Allah.

20 Kamu mŭngŭtahui akan hukum hukum, iya itu jangan bŭrzinah, jangan mŭmbunoh, jangan mŭnchuri, jangan mŭnjadi saksi dusta, muliakanlah ibu bapamu.

21 Maka katanya, Skalian ini tŭlah kupliharakan deripada kŭchilku.

22 Maka apabila didŭngar ulih Isa pŭrkara pŭrkara itu, katanya kapadanya, Tŭtapi suatu pŭrkara adalah kŭkorangan kapadamu; jualkanlah sagala milekmu, dan bahgikanlah kapada orang orang mŭskin, maka angkau kŭlak akan mŭndapat pŭrbandahran dalam shorga: marilah ikut akan daku.

23 Maka apabila didŭngarnya itu, maka tŭrlalu bŭrdukalah iya, kŭrna iya tŭrlalu kaya.

24 Maka apabila dilihat Isa, iya tŭrlalu dukachita, katanya bagimana susahnya kŭlak orang orang yang ada kaya masok kadalam kŭrajaan Allah.

25 Kŭrna tŭrlebih sŭnang sa’ekor onta itu masok kadalam liang jarum deripada orang kaya itu masok kadalam kŭrajaan Allah.

26 Maka orang orang yang mŭnŭngar akan pŭrkataan itu katanya siapakah kŭlak yang akan slamat.

27 Maka kata Isa, Adapun pŭrkara pŭrkara yang mustahil kapada manusia, iya itu tiada mustahil kapada Allah.

28 Sŭtlah itu maka kata Petros, Sŭsungguhnya kami tŭlah mŭninggalkan skalian, dan mŭngikot akan dikau.

29 Maka kata Isa kapada marika itu, Bahwa sŭsungguhnya aku bŭrkata kapadamu, maka tiada orang yang tŭlah mŭninggalkan rumah, atau ibu bapa, atau saudara, atau istri, atau kanak kanak, ulih sŭbab krajaan Allah:

30 Mŭlainkan iya kŭlak mŭnŭrima bŭbrapa gandah tŭrlebih pada masa ini, dan lagi slamat kŭkal dalam akhirat.

31 ¶ Sŭtlah itu maka diambilnya dua blas orang itu sŭrtanya lalu katanya, Maka sŭsungguhnya kita akan naik kaJŭrusalem, maka sagala pŭrkara yang tŭlah tŭrtulis ulih nabi nabi derihal anak manusia itu kŭlak akan digŭnapi.

32 Kŭrna iya kŭlak akan disŭrahkan kapada orang sŭsŭt, dan iya akan diolok olokkan orang, dan akan dibuat orang dia dŭngan dŭngki, sŭrta diludahinya.

33 Maka marika itu akan mŭnyŭsah akan dia sŭrta dibunohnya dia, maka pada hari yang katiga kŭlak iya akan hidop pula.

34 Maka suatu pun tiadalah marika itu mŭngarti deri hal pŭrkara pŭrkara ini, maka pŭrkataan ini tŭlah tŭrsŭmbunyi deripada marika itu, tiada pun dikŭtahui ulih marika itu akan pŭrkara pŭrkara yang dikatakan itu.

35 ¶ Maka pada skali pŭrstua tŭngah Isa hampir kaJeriko, maka adalah sa’orang buta anu, duduk ditŭpi jalan mŭminta sŭdŭkah.

36 Mada didŭngarnya bŭlatantara itu lalu katanya, Apakah itu.

37 Maka kata marika itu kapadanya, Iya itu Isa orang Nazareth ada lalu.

38 Maka bŭrtriaklah iya lalu bŭrkata, Isa anak Daud, kasihankanlah akan daku.

39 Maka marika itu yang bŭrjalan dahulu itu pun mŭnŭngkinglah akan dia supaya iya diam, tŭtapi bŭrtriaklah pula iya makin lebih: Hie angkau anak Daud, kasihankanlah akan daku!

40 Maka bŭrhŭntilah Isa, sŭrta disurohnya bawa akan dia, maka apabila datanglah iya dŭkat, ditanyanya akan dia,

41 Katanya, Apakah angkau handak supaya kupŭrbuat akan dikau? Maka katanya, Tuhan, biarlah kiranya aku mŭndapat pŭnglihatanku pula.

42 Maka kata Isa kapadanya, Trimalah pŭnglihatanmu, imanmu tŭlah mŭmliharakan dikau.

43 Maka dŭngan sŭbŭntar itu juga pulanglah sŭmula pŭnglihatannya, lalu mŭngikotlah iya akan Isa, sambil mŭmuliakan Allah. Maka apabila dilihat ulih sagala kaum itu, maka skaliannya itu pun mŭmujilah akan Allah.

First published by the British and Foreign Bible Society in 1866

British & Foreign Bible Society
Lean sinn:



Sanasan