2 Timotius 4 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)FATSAL IV. 1 MAKA sŭbab itu aku amanatkanlah dihadapan Allah, dan Tuhan Isa Almasih, yang mŭnjadi hakim kŭlak kapada orang yang hidop dan yang mati itu pada masa kadatangannya, dan krajaannya kŭlak; 2 Ajarkanlah pŭrkataan Allah itu; biarlah slalu baik pada masa sŭnang, baik pada masa yang sukar; tŭmplakkanlah, dan tŭgorkanlah, dan nasihatkanlah, dŭngan panjang hati dan pŭngajaran. 3 Kŭrna waktu akan datang kŭlak, marika itu tiada mahu mŭnŭrima pŭngajaran yang baik itu; mŭlainkan mŭnurot akan sagala kainginnan nafsunya, sŭrta mŭnghimponkan bŭbrapa guru guru yang ada bŭrtŭlinga gatal. 4 Maka marika itu kŭlak akan mŭmalingkan tŭlinganya deripada yang bŭnar, dan mŭmbalikkan kapada chŭrtra chŭrtra yang bukan bukan. 5 Tapi handaklah angkau jaga dalam sagala pŭrkara, tahanlah annyaya, pŭrbuatlah pŭkŭrjaan guru Injil, dan saksikanlah baik baik akan jawatanmu itu. 6 Kŭrna aku ada sŭdia skarang akan dikorbankan, dan hari pulangku tŭlah hampir. 7 Bahwa aku tŭlah bŭrprang dŭngan pŭprangan yang baik, dan aku tŭlah mŭnghabiskan lumbaanku, dan aku tŭlak mŭnaroh iman. 8 Maka pada akhirnya kŭlak mahakota kabŭnaran itu ada tŭrsimpan bagieku, iya itu akan dikurniakan bagieku ulih Tuhan, hakim yang adil itu, pada hari itu: tapi bukannya padaku sa’orang sahja, mŭlainkan kapada sagala orang yang mŭngasihi akan hari kadatangannya itu 9 Chŭpatkanlah dirimu datang mŭndapatkan aku dŭngan sŭgranya. 10 Kŭrna Dimis tŭlah mŭnolakkan aku sŭbab iya mŭngasihi dunia ini, maka iya tŭlah pŭrgi kaThessalonika; Krecens itu tŭlah pŭrgi kaGalatia, dan Titus pun kaDalmatia. 11 Hanya tinggallah Lukas juga sŭrtaku, ambillah Markus itu bawa bŭrsama sama: kŭrna iya pun bŭrguna juga padaku dalam jawatan ini. 12 Tŭtapi aku sudah mŭnyurohkan Tiekikus itu pŭrgi kaEfesus. 13 Maka baju slimut yang tŭlah kutinggalkan dinŭgri Troas sama siKarpus itu, bawalah apabila angkau datang kŭlak sŭrta dŭngan kitab kitab, tŭrutama, kŭrtas kŭrtas kulit itu. 14 Adapun Iskander, tukang tŭmbaga itu, banyaklah iya tŭlah mŭmbuat jahat padaku: Tuhan juga mŭmbri balas akan dia spŭrti pŭrbuatannya. 15 Maka handaklah angkau jaga baik baik akan dia itu; kŭrna tŭrlalulah sangat sudah iya mŭlawan pŭrkataan kami. 16 Adapun jawabku pada mula mula tiadalah sa’orang pun bŭrdiri dŭngan aku, mŭlainkan sŭmua orang tŭlah mŭninggalkan aku: kupohonkan kapada Allah, supaya jangan marika itu disalahkan. 17 Akan tŭtapi Tuhanlah tŭlah bŭrdiri sŭrtaku, dan mŭnguatkan aku; supaya ulihku, pŭngajaran Injil itu dŭngan sampornanya dapat dikŭtahui; dan supaya sagala orang sŭsat pun dapatlah mŭnŭngar: maka aku tŭlah tŭrlŭpaslah deripada mulot singa itu. 18 Maka Tuhanlah juga kŭlak mŭlŭpaskan aku deripada sagala pŭkŭrjaan jahat, sŭrta dipliharakannya aku sahingga sampie kapada krajaan shorganya: kamuliaanlah kiranya akan dia slama lamanya sampie slama lamanya. Amin 19 Salamku kapada Priska dan Aquila, dan pada orang isi rumah Onesiforus. 20 Maka Erastus sudah diam diKorinthius: Tŭtapi Trophimus sudah kutinggalkan diMiletam sakit. 21 Chŭpatkanlah dirimu datang sŭbŭlom musim sŭjok, maka Eubulus, dan Pudeus, dan Linus, dan Klaudia, dan sagala saudara saudara ampunya sŭlam padamu. 22 Maka biarlah kiranya Tuhan Isa Almasih bŭsŭrta dŭngan Rohmu. Anugrah Tuhan bŭsŭrta dŭngan angkau: Amin. ¶ Tŭrmaktob surat kiriman yang kadua ini yang dikirimkan deri nŭgri Rom kapada Timothius, iya itu guru Injil yang pŭrtama dalam sidang jŭmaah orang dinŭgri Efesus, pada tŭtkala kadua kalinya Paulus masok bichara dihadapan Nero. |
First published by the British and Foreign Bible Society in 1866
British & Foreign Bible Society