2 Tesalonika 3 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)FATSAL III. 1 SAUDARA saudara, pada akhirnya, mintakanlah doa akan kami, supaya pŭrkataan Tuhan itu tŭrmashor dŭngan bibasnya, dan dipŭrmuliakan spŭrti iya itu yang ada dianantara kamu: 2 Danlagi supaya kami tŭrlŭpaslah deripada sagala orang yang tŭgar hatinya dan jahat, kŭrna sagala orang tiada bŭriman. 3 Mŭlainkan sŭtiawanlah kiranya Tuhan yang akan mŭnŭtapkan, dan mŭmliharakan kamu deripada yang jahat. 4 Maka haraplah kami akan Tuhan derihal kamu, iya itu kamu ada bŭrbuat, dan kamu kŭlak bŭrbuat akan pŭrkara pŭrkara yang kami bŭrpŭsan padamu. 5 Maka Tuhan juga kiranya mŭnggrakkan hatimu akan mŭngasihi Allah, dan akan bŭrsabar mŭnantikan Almasih itu. 6 Maka skarang kami pŭsankanlah saudara saudara, dŭngan bŭrkat nama Tuhan kami Isa Almasih, supaya kamu undor deripada masing masing saudara yang bŭrlaku dŭngan tiada bŭrkŭtahuan, dan bukannya mŭnurot spŭrti hukum agama, yang tŭlah ditrimanya deripada kami. 7 Kŭrna kamu sŭndiri tŭlah mŭngatahui, bagimana patut kamu mŭngikot kami, kŭrna kami tiada bŭrlaku diri kami dŭngan tiada bŭrkŭtahuan diantara kamu; 8 Atau tiada pula kami mŭmakan rŭzki barang sa’orang dŭngan chuma chuma, mŭlainkan bŭkŭrja dŭngan kalŭlahan, dan hie hui malam dan siang, supaya jangan kami mŭndatangkan kabratan pada barang sa’orang deripada kamu. 9 Maka bukannya ulih sŭbab kami tiada bŭrkwasa, mŭlainkan supaya kamu mŭnjadikan diri kami ini tauladan bagie kamu akan mŭnurot kami. 10 Kŭrna sungguhpun sŭnyempang kami ada bŭrsama sama dŭngan kamu, maka inilah kami bŭrpŭsan kapada kamu, bahwa jikalau barang sa’orang yang tiada mahu bŭkŭrja itu, tiadalah patut iya makan. 11 Kŭrna adalah kami mŭnŭngar, bahwa ada diantara kamu bŭbrapa orang yang bŭrlaku dŭngan tiada sŭpatutnya, iya itu tiada skali kali bŭkŭrja, mŭlainkan mŭngganggukan hal orang. 12 Maka skarang deri hal orang yang dŭmkian pun kami pŭsan, sŭrta mŭmbri nasihat ulih kŭrna Tuhan kami Isa Almasih, supaya marika itu bŭkŭrja diam diam, dan mŭmakan rizkinya sŭndiri. 13 Adapun deri hal kamu, saudara saudara, bahwa janganlah kamu pŭnat deripada bŭrbuat baik. 14 Maka jikalau kiranya barang siapa yang tiada mahu mŭnurot pŭrkataan kami yang tŭrtulis dalam surat ini, maka handaklah kamu chamkan akan orang itu, maka janganlah kamu bŭrkampong dŭngan dia, supaya iya bŭrulih malu. 15 Tŭtapi jangan kamu bilangkan dia spŭrti musoh, mŭlainkan brilah nasihat akan dia spŭrti saudara. 16 Maka skarang pun Tuhan sŭjahtra itu, mŭmbri sŭjahtralah pada kamu pada sŭdiakala dalam sagala jŭnis pŭrkara, maka adalah kiranya Tuhan bŭsŭrta dŭngan kamu skalian. 17 Maka Paulus punya sŭlam tŭrsurat dŭngan tanganku sŭndiri, yang mŭnjadi alamat dalam tiap tiap suratku: maka dŭmkianlah kutuliskan. 18 Maka nihmat Tuhan kami Isa Almasih bŭsŭrtalah dŭngan kamu skalian. Amin. ¶ Tŭrmaktob surat yang kadua ini kapada orang Thessalonika, deri nŭgri Athen. |
First published by the British and Foreign Bible Society in 1866
British & Foreign Bible Society