Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

2 Korintus 10 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)


FATSAL X.

1 BAHWA skarang aku Paulus mŭmohonkan kapada kamu dŭngan rŭndah hati dan lŭmah lŭmbut Almasih, yang pada halir tŭrhina adanya aku ini diantara kamu, tŭtapi diblakang aku brani akan kamu.

2 Maka aku mŭmohonkan, supaya apabila kŭlak aku halir, janganlah aku brani dŭngan katŭntuan, yang spŭrti kusangkakan handak mŭmbranikan diriku kapada bŭbrapa orang yang mŭmikirkan sa’olah olah kami ini mŭlakukan dŭngan mŭnurot hawa nafsu.

3 Kŭrna sungguhpun kami mŭlakukan dalam nafsu itu, tŭtapi tiada kami bŭrprang mŭnurot hawa nafsu:

4 Kŭrna sagala sŭnjata pŭprangan kami itu bukannya hawa nafsu, hanya kwasa deripada Allah akan mŭrobohkan sagala kubu yang tŭgoh tŭgoh;

5 Mŭnyampakkan sangka sangka, dan tiap tiap suatu pŭrkara yang mŭninggikan dirinya akan mŭlawan pŭngatahuan Allah, sŭrta mŭmbawa kapada tawanan tiap tiap fikiran akan mŭnurot Almasih;

6 Maka bŭrlangkaplah kami akan mŭmbalas sagala dŭrhaka, apabila taalok kamu itu tŭlah gŭnap.

7 Adakah kami mŭmandang sagala pŭrkara itu dŭngan ukoran mata? jikalan barang sa’orang yang harap akan dirinya sŭndiri iya umat Almasih, maka handaklah iya bŭrfikir pula sŭndiri, spŭrti iya umat Almasih, dŭmkianlah juga kami pun umat Almasih adanya.

8 Kŭrna sungguhpun aku bulih mŭmŭgahkan brapa lebih akan kwasa kami, yang tŭlah dikurniakan Tuhan kapada kami akan mŭmbaiki, bukannya akan mŭmbinasakan kamu, tiadaklah kulak aku malu.

9 Supaya jangan tampaknya aku handak mŭnakoti kamu dŭngan surat surat kiriman itu.

10 Kŭrna marika itu bŭrkata, surat suratannya itu brat dan kras adanya; tŭtapi tŭtkala batang tubohnya bŭrhalir lŭmah, dan pŭrkataannya pun hina adanya.

11 Maka biarlah sianu itu bŭrfikir dŭmkian, bagimana kiranya yang ada pŭrkataan kami dalam surat surat kiriman itu tŭtkala kami tiada halir, dŭmkianlah sŭsungguh sungguh adanya tŭtkala kami halir.

12 Kŭrna tiadalah kami brani mŭnjadikan diri kami dalam bilangan, atau mŭmbandingkan diri kami dŭngan orang yang mŭmuji dirinya: kŭrna marika itu mŭngukor dirinya pada sama sŭndirinya, dan mŭmbandingkan dirinya dŭngan sama sŭndirinya, maka iya itu tiadalah bŭrbudi adanya.

13 Tŭtapi kami ini tiadalah mahu mŭmŭgahkan akan pŭrkara pŭrkara dŭngan tiada ukoran, mŭlainkan spŭrti ukoran undang undang yang dibahgikan Allah pada kami, iya itulah suatu ukoran yang bulih sampie kapada kamu.

14 Kŭrna tiada kami mŭlanjotkan jalan kami lebih deripada ukoran kami, sa’olah olah kami tiada sampie kapada kamu: tŭtapi kami sudahlah sampie juga kapada kamu dŭngan mŭngajar Injil Almasih.

15 Maka tiada kami mŭmŭgahkan diri kami dŭngan tiada ukoran, iya itu dalam pŭkŭrjaan lain lain orang, mŭlainkan kami harap juga, apabila iman kamu kŭlak bŭrtambah tambah, bahwa kami pun akan mŭnjadi luaslah dŭngan kalempahannya ulih kamu itu mŭnurot ukoran kita,

16 Akan mŭngajarkan Injil dalam jajahan yang disŭblah sana kamu, dan bukannya supaya mŭmŭgahkan diri kami dalam barang ukoran orang lain trima chuchi.

17 Tŭtapi orang yang mŭmŭgahkan dirinya itu, maka biarlah iya mŭmŭgahkan dirinya kŭrna Tuhan.

18 Kŭrna bukannya orang yang mŭmujikan sŭndiri sŭndirinya itu dikŭnangkan, hanya orang yang dipujikan Tuhan.

First published by the British and Foreign Bible Society in 1866

British & Foreign Bible Society
Lean sinn:



Sanasan