Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

1 Timotius 1 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)


FATSAL I.

1 BAHWA Paulus, sa’orang rasul Isa Almasih dŭngan prentah Allah pŭnulong kami, dan Tuhan Isa Almasih, pŭngharapau kami.

2 Iya itu datang kapada Timothius, anakku sŭndiri yang dalam iman: maka biarlah nihmat, dan rahmat, dan slamat, kiranya atasmu deripada Allah, iya itu Ayah kami, dan Isa Almasih Tuhan kami.

3 Spŭrti yang tŭlah aku mŭminta kapadamu tinggallah lagi diEfesus, apabila aku pŭrgi kanŭgri Makadonia, supaya bulih angkau amanatkan barang orang jangan iya mŭngajar pŭngajaran yang lain.

4 Dan jangan pula dŭngar dŭngarkan akan chŭrita yang bukan bukan, dan deri hal katuronan yang tiada bŭrkaputusan, yang mŭndatangkan bŭrsual sual lebih deripada ibadat kapada Allah yang ada dalam iman yang bŭrfiedah.

5 Adapun kasudahan hukum itu pŭngasihan adanya, yang tŭrbit deripada hati yang suchi, dan angan angan hati yang baik, dan deripada iman yang jauh deripada pura pura.

6 Maka deripada hal yang dŭmkianlah, ada orang yang tŭlah sŭsat tŭrbalik kapada pŭrbantahan yang sia sia.

7 Maka dikahandakinya mŭnjadi alim alim dalam hukum tauret; tŭtapi tiadalah dikŭtahuinya apa yang dikatakannya itu, atau deri mana marika itu mŭndapat kanyataannya.

8 Tŭtapi kami kŭtahui tauret itu baik adanya, jikalau orang mŭnggunakan dia itu dŭngan spatutnya;

9 Sŭbab tŭlah dikŭtahui dŭmkian ini, iya itu hukum itu bukannya diadakan sŭbab orang bŭnar, mŭlainkan sŭbab kŭrna orang orang dŭrhaka, dan yang tiada mahu ta’lok, dan pada orang yang fasik, dan bŭrdosa, dan pada orang orang nŭjis, dan orang orang chabol, dan pada orang orang yang mŭmbunoh bapa, dan pada orang yang mŭmbunoh ibu, dan pada orang yang mŭmbunoh orang;

10 Dan pada orang orang pŭrsundalan, dan pada orang orang liwat, dan pada orang orang mŭnchuri orang, dan pada orang orang pŭmbohong, dan pada orang orang bŭrsumpah dusta, dan jikalau ada barang pŭrkara lain lain yang mŭlawan pŭngajaran yang baik.

11 Mŭnurot kamulian Injil deripada Allah yang bŭrahmat, yang tŭlah disŭrahkan padaku.

12 Maka mŭnguchap shukorlah aku yang tŭlah mŭmbri kwasa padaku, sŭbab iya tŭlah mŭmbilangkan aku sa’orang sŭtiawan, lalu ditŭntukannya akan daku dalam jawatan Injil ini;

13 Yang pada mulanya aku ini sa’orang mŭnghujat akan agamanya, dan pŭngannyaya, dan mŭngŭsakkan orang; tŭtapi aku sudah mŭndapat kasihan, ulih sŭbab kupŭrbuat itu dŭngan bŭbal sŭrta dŭngan tiada bŭriman.

14 Tŭtapi anugrah Tuhan kami tŭlah lempahlah sangat, sŭrta dŭngan iman dan kasih akan Isa Almasih.

15 Maka inilah pŭrkataan yang sŭtiawan, dan sŭpatut patutnya akan ditrima, bahwasanya Isa Almasih itu tŭlah datang kŭdalam dunia akan mŭmbri slamat kapada orang bŭrdosa; dalam antaranya itu akulah yang kŭpala.

16 Tŭtapi sŭbab inilah aku tŭlah mŭndapat kasihan, supaya mula mula diunjokkan ulih Isa Almasih sabarnya yang tŭrlalu amat lanjut itu dalamku, akan mŭnjadi tauladan bagie sagala orang yang nanti pŭrchaya kŭlak padanya, akan bŭrulih slamat yang kŭkal.

17 Maka skarang brilah kiranya hormat, dan kamuliaan kapada Raja yang kŭkal, dan baka, dan tiada klihatan, dan iyalah sahja Allah yang bŭrhikmat sampie slama lamanya. Amin.

18 Bahwa adapun hukum inilah aku amanatkan padamu Timothius anakku, mŭnurot nabuatan yang sudah dikatakan dahulu deri hal angkau, supaya angkau dapat bŭrprang dŭngan pŭprangan yang baik akan mŭnggŭnapi dia itu.

19 Dŭngan mŭmliharakan iman, dan angan angan yang baik; maka ada sparoh orang tŭlah mŭnolakkan dia itu deri hal iman, sampie karamlah iya.

20 Maka dalam antaranya, iya itu Himenius dan Iskander; yang tŭlah kusŭrahkan kapada Shietan, supaya marika itu jangan bŭlajar mŭnghujat akan agama.

First published by the British and Foreign Bible Society in 1866

British & Foreign Bible Society
Lean sinn:



Sanasan