1 Tesalonika 4 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)FATSAL IV. 1 TAMBAHAN pula, saudara saudara, kami pinta sŭrta mŭnasihatkan kamu dŭngan bŭrkat Tuhan Isa, bahwa spŭrti yang kamu sudah mŭnŭrima deripada kami, iya itu bŭtapa patut kamu jalankan dan mŭmbuat kŭrelaan Allah, dŭmkianlah handaknya kamu bŭrtambah makin makin lebih. 2 Kŭrna kamu tŭlah mŭngatahui, hukum hukum apakah yang kami tŭlah mŭmbri kapada kamu ulih Tuhan Isa. 3 Kŭrna inilah kahandak Allah, iya itu deri hal kasuchianmu, supaya kamu patut tŭrplihara deripada zinah. 4 Supaya tiap tiap orang deripada kamu patut mŭngatahui bagimana mŭmpliharakan bŭjananya dalam kasuchian dan kamulian. 5 Bukannya dŭngan kainginan hawa nafsu, spŭrti pŭrbuatan orang sŭsat yang tiada mŭngatahui Allah. 6 Maka janganlah barang sa’orang juapun mŭliwat, dan mŭmpŭrdayakan saudaranya dalam barang pŭrkara: kŭrna Tuhanlah mŭnjadi pŭmbalas akan sagala orang yang dŭmkian, spŭrti kami pun sudah mŭngingatkan dan bŭrsaksi kapada kamu. 7 Kŭrna bukannya kami ini dijŭmpot Allah akan bŭrbuat nŭjis, mŭlainkan bŭrbuat suchi. 8 Maka sŭbab itu orang yang ŭnggau itu, maka bukannya iya ŭnggankan manusia, mŭlainkan Allah, yang tŭlah mŭngurniakan Rohnya yang suchi itu kapada kami. 9 Maka deri hal kasih antara saudara bŭrsaudara itu, ta’usahlah aku tuliskan pada kamu: kŭrna kamu sŭndiri tŭlah diunjokkan Allah akan mŭngasihi sa’orang akan sa’orang. 10 Maka sungguh adalah kamu bŭrbuat yang dŭmkian kapada sagala saudara yang ada dalam sŭluroh Makadonia: tŭtapi kami mŭminta kapada kamu saudara saudara, supaya kamu bŭrtambah makin makin lebih. 11 Dan lagi handaklah kamu bŭlajar mŭnjadi orang pŭndiam, dŭngan bŭrbuat pŭkŭrjaan sŭndiri sŭndiri sahja, dan bŭkŭrja dŭngan tanganmu sŭndiri, spŭrti yang kami tŭlah mŭnyuroh. 12 Supaya kamu bŭrlakn dŭngan tulosnya kapada sagala orang kluaran, dan jangan kŭlak kamu bŭrkorangan dalam barang pŭrkara. 13 Maka aku ta’mahu biarkan angkau mŭnjadi bodoh, saudara saudara, deri hal sagala orang yang mangkat bŭradu, supaya jangan kamu bŭrdukachita, spŭrti orang lain lain yang tiada mŭnaroh harap. 14 Kŭrna jikalau kami pŭrchaya Isa itu tŭlah mati dan tŭlah hidop pula, maka dŭmkianlah juga kŭlak marika itupun yang mangkat bŭradu dŭngan bŭrkat Isa, iya itu dibawa Allah kapadanya. 15 Kŭrna pŭrkataan kami ini kapada kamu dŭngan fŭrman Tuhan, adapun kami ini yang ada hidop sŭrta tinggal sampie kapada kadatangan Tuhan itu, tiada akan mŭndahului akan orang orang yang adalah mangkat bŭradu adanya. 16 Kŭrna Tuhan sŭndiri akan datang deri dalam shorga dŭngan tŭmpek, dan dŭngan swara pŭnghulu mŭliekat, dan dŭngan sangkakala Allah, maka sagala orang yang tŭlah mati dŭngan bŭrkat Almasih itu akan bŭrbangkit dahulu. 17 Kumdian kami ini pula yang ada hidop sŭrta tinggal, akan diangkatkan bŭrsama sama dŭngan marika itu dalam awan awan, akan bŭrtŭmu dŭngan Tuhan diudara: maka dŭmkianlah kŭlak kami ada bŭsŭrta dŭngan Tuhan slama lamanya. 18 Maka sŭbab itu handaklah dihiburkan sa’orang akan sa’orang dŭngan pŭrkataan ini. |
First published by the British and Foreign Bible Society in 1866
British & Foreign Bible Society