Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Yesaya 12 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)


Nyanyian Kesyukuran

1 Masanya akan tiba apabila kamu bernyanyi, “TUHAN, aku bersyukur kepada-Mu, kerana Engkau menghibur aku. Dahulu Engkau murka terhadap aku, tetapi kini sudah reda kemurkaan-Mu.

2 Allah ialah Penyelamatku; aku percaya kepada-Nya dan aku tidak takut. TUHAN memberikan kuasa dan kekuatan kepadaku; Dialah Penyelamatku.

3 Sebagaimana air menggembirakan orang dahaga, demikianlah umat Allah bersukacita kerana diselamatkan oleh Allah.”

4 Masanya akan tiba apabila kamu bernyanyi, “Bersyukurlah kepada TUHAN, dan sembahlah Dia! Khabarkanlah perbuatan-Nya kepada bangsa-bangsa. Beritahulah mereka kebesaran-Nya.

5 Bernyanyilah bagi TUHAN kerana perbuatan-Nya yang besar. Hendaklah seluruh bumi mendengar tentang perbuatan-Nya itu.

6 Hendaklah setiap penduduk Sion bersorak dan bernyanyi. Allah yang suci, Allah Israel itu agung, Dia tinggal di tengah-tengah kamu.”

Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

Bible Society of Malaysia
Lean sinn:



Sanasan