Mazmur 87 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)Pujian bagi Yerusalem 1 Mazmur puak Korah. Sebuah lagu. TUHAN membina kota-Nya di atas bukit yang suci; 2 Dia lebih mengasihi kota Yerusalem daripada tempat lain di Israel. 3 Dengarlah, hai kota Allah, hal-hal baik yang disebut-Nya tentangmu: 4 “Apabila aku menyenaraikan bangsa-bangsa yang taat kepada-Ku, Aku akan memasukkan Mesir dan Babilonia; bahkan Filistea, Tirus, dan Etiopia, akan tergolong sebagai penduduk Yerusalem.” 5 Tentang Sion, akan dikatakan bahawa semua bangsa termasuk warga kota itu, dan Yang Maha Kuasa akan mengukuhkannya. 6 TUHAN akan memasukkan bangsa-bangsa, dalam senarai penduduk Yerusalem. 7 Mereka akan menari dan menyanyi, “Sionlah sumber segala berkat kami.” |
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.
Bible Society of Malaysia