Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 64 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)


Doa Minta Perlindungan

1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.

2 Aku dalam kesusahan, ya Allah - dengarlah doaku! Aku takut kepada musuhku - selamatkanlah aku!

3 Lindungilah aku daripada komplot orang derhaka, dan daripada rusuhan orang durjana.

4 Lidah mereka setajam pedang, kata-kata mereka berbisa seperti anak panah beracun.

5 Mereka menyebarkan dusta dari tempat persembunyian; mereka membinasakan orang baik dengan fitnah.

6 Mereka menggalakkan sesama sendiri untuk melakukan yang jahat; mereka berunding tentang tempat memasang perangkap; mereka menyangka tiada orang yang melihat.

7 Mereka membuat rancangan jahat dan berkata, “Kita telah merancang jenayah yang licik sekali.” Sungguh dalamnya hati serta fikiran manusia, sehingga tidak dapat diselami.

8 Tetapi Allah melepaskan anak panah-Nya terhadap mereka, dan dengan serta-merta mereka cedera.

9 Dia akan membinasakan mereka kerana kata-kata mereka; semua orang yang melihat mereka akan menggelengkan kepala.

10 Mereka akan ketakutan; mereka memikirkan tindakan Allah, dan memberitakan perbuatan-Nya.

11 Semua orang baik akan bergirang kerana perbuatan TUHAN; mereka akan mendapat perlindungan daripada-Nya; semua orang yang tulus akan memuji Dia.

Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

Bible Society of Malaysia
Lean sinn:



Sanasan