Mazmur 61 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)Doa Minta Perlindungan 1 Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Mazmur Daud. 2 Dengarlah seruanku, ya Allah, dengarlah doaku! 3 Dari negeri yang jauh aku berseru kepada-Mu, kerana aku putus asa. Bawalah aku ke tempat perlindungan yang selamat, 4 kerana Engkaulah pelindungku, pertahanan yang kuat terhadap musuhku. 5 Izinkanlah aku tinggal di khemah-Mu sepanjang hidupku; supaya aku selamat di bawah naungan sayap-Mu. 6 Ya Allah, Engkau telah mendengar janjiku, dan memberikan pusaka orang yang menghormati Engkau kepadaku. 7 Lanjutkanlah usia raja, semoga kerajaannya berlanjutan turun-temurun. 8 Semoga raja memerintah selama-lamanya di hadirat-Mu; ya Allah, lindungilah raja dengan kesetiaan dan kasih-Mu. 9 Maka aku akan selalu menyanyikan pujian kepada-Mu, dan setiap hari aku akan menepati janjiku. |
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.
Bible Society of Malaysia