Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 52 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)


Hukuman terhadap Orang Jahat

1 Untuk pemimpin koir. Sajak Daud,

2 pada masa Doeg, orang Edom itu menghadap Raja Saul dan memberitahu baginda bahawa Daud sudah pergi ke rumah Abimelekh.

3 Hai orang gagah, mengapa engkau membanggakan kejahatanmu terhadap orang yang dikasihi Allah?

4 Sepanjang hari engkau merancang kehancuran orang; mulutmu setajam pisau cukur, dan dusta sentiasa engkau karang.

5 Engkau lebih mencintai kejahatan daripada kebaikan, dan lebih menyukai fitnah daripada kebenaran.

6 Engkau suka menyakiti hati orang dengan kata-kata. Engkau pendusta!

7 Oleh itu, Allah akan memusnahkan engkau selama-lamanya; Dia akan menangkap dan menarik engkau dari rumah; Dia akan melenyapkan engkau dari dunia orang hidup.

8 Orang salih akan melihat perbuatan ini dan berasa takut; mereka akan mentertawakan engkau, dan berkata,

9 “Lihat, inilah orang yang tidak berlindung kepada Allah, tetapi yakin akan kekayaannya yang berlimpah, dan mencari perlindungan dalam jenayah.”

10 Tetapi aku umpama pokok zaitun yang tumbuh di Rumah Allah; aku bergantung kepada kasih-Nya selama-lamanya.

11 Ya Allah, aku akan sentiasa bersyukur kepada-Mu, kerana segala perbuatan-Mu; di tengah-tengah umat-Mu, aku akan memberitakan kebaikan-Mu.

Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

Bible Society of Malaysia
Lean sinn:



Sanasan