Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 41 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)


Doa Minta Penyembuhan

1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.

2 Berbahagialah orang yang mengambil berat terhadap orang yang tidak berdaya; TUHAN akan menolong mereka ketika mereka dalam kesusahan.

3 TUHAN akan melindungi dan memelihara mereka, TUHAN akan membahagiakan mereka di negeri ini; TUHAN tidak akan menyerahkan mereka kepada musuh.

4 TUHAN akan menolong mereka ketika mereka sakit dan memulihkan kesihatan mereka.

5 Aku berkata, “Ya TUHAN, aku telah berdosa terhadap-Mu; kasihanilah aku dan sembuhkanlah aku!”

6 Musuhku mengumpat aku. Mereka mahu aku mati dan dilupakan.

7 Mereka yang mengunjungi aku tidak ikhlas; mereka mengumpulkan segala berita yang buruk tentang aku, lalu keluar dan menyebarkannya ke mana-mana.

8 Semua orang yang membenci aku berbisik-bisik tentang diriku, mereka memikirkan yang paling buruk tentang aku.

9 Mereka berkata, “Dia sakit teruk sekali dan tidak akan bangun dari katilnya lagi.”

10 Bahkan sahabat karibku yang paling aku percayai, orang yang makan bersama-samaku, telah menentang aku.

11 Kasihanilah aku, ya TUHAN, dan pulihkanlah kesihatanku, agar aku dapat membalas musuh-musuhku.

12 Maka tahulah aku bahawa Engkau berkenan kepadaku, kerana musuhku tidak akan mengalahkan aku.

13 Engkau akan menolong aku, kerana ketulusanku; Engkau membolehkan aku berada di hadirat-Mu selama-lamanya.

14 Marilah kita memuji TUHAN, Allah umat Israel; pujilah Dia sekarang dan selama-lamanya. Amin! Amin!

Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

Bible Society of Malaysia
Lean sinn:



Sanasan