Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)


Doa Petang untuk Minta Tolong

1 Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Mazmur Daud.

2 Jawablah apabila aku berseru, ya Allah, Pembelaku! Ketika aku susah dahulu, Engkau datang menolong aku. Sekarang kasihanilah aku, dan dengarlah doaku!

3 Hai manusia, berapa lamakah kamu akan menghina aku? Berapa lama lagi kamu akan mencintai yang tidak berguna itu, dan mengejar yang palsu?

4 Ingatlah bahawa TUHAN telah memilih orang yang taat kepada-Nya sebagai milik-Nya, dan Dia mendengar ketika aku berseru kepada-Nya.

5 Ketika kamu marah, jangan berdosa. Renungkanlah hal itu sambil berdiam diri, sewaktu kamu berbaring di tempat tidur.

6 Persembahkanlah korban yang benar dan percayalah kepada TUHAN.

7 Banyak orang berdoa, “Berilah kami berkat yang lebih, ya TUHAN. Semoga Engkau berkenan kepada kami.”

8 Engkau membuat hatiku lebih girang daripada orang yang kelimpahan makanan dan minuman.

9 Maka aku berbaring dan tidur dengan tenteram; Engkau sahaja, ya TUHAN, yang memelihara aku dengan aman.

Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

Bible Society of Malaysia
Lean sinn:



Sanasan