Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 23 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)


TUHAN Gembalaku

1 Mazmur Daud. TUHAN ialah gembalaku; aku tidak kekurangan apa-apa.

2 Dia membaringkan aku di padang rumput yang hijau dan membimbing aku ke air yang tenang.

3 Dia memberi aku kekuatan baru. Dia membimbing aku di jalan yang benar, sebagaimana yang dijanjikan-Nya.

4 Walaupun aku melalui tempat yang gelap gelita, aku tidak akan takut, ya TUHAN, kerana Engkau menyertai aku. Engkau melindungi aku dengan tongkat dan gada-Mu.

5 Engkau menyediakan jamuan untukku, di hadapan semua musuhku; Engkau menyambut aku sebagai tetamu yang dihormati dan mengisi cawanku hingga penuh.

6 Aku tahu Engkau baik kepadaku dan mengasihi aku seumur hidupku; rumah-Mu akan menjadi rumahku sepanjang hidupku.

Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

Bible Society of Malaysia
Lean sinn:



Sanasan