Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 128 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)


Berkat kerana Taat kepada TUHAN

1 Lagu ziarah. Berbahagialah orang yang taat kepada TUHAN, yang hidup menurut perintah-Nya.

2 Hasil jerih payahmu akan mencukupi keperluanmu; engkau akan berbahagia dan makmur.

3 Isterimu akan menjadi seperti pokok anggur yang subur di dalam rumahmu, dan anak-anakmu umpama pokok zaitun yang muda di sekeliling mejamu.

4 Orang yang taat kepada TUHAN pasti akan diberkati sedemikian.

5 Semoga TUHAN yang di Sion memberkati kamu! Semoga engkau melihat Yerusalem makmur seumur hidupmu!

6 Semoga engkau panjang umur untuk melihat cucu-cucumu! Sejahteralah Israel!

Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

Bible Society of Malaysia
Lean sinn:



Sanasan