Mazmur 126 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)Doa Minta Pemulihan 1 Lagu ziarah. Apabila TUHAN membawa kita balik ke Yerusalem, kita seperti bermimpi! 2 Kita tertawa dan menyanyi kerana gembira! Lalu bangsa-bangsa lain berkata tentang kita, “TUHAN telah melakukan perkara-perkara hebat untuk mereka.” 3 Memang TUHAN telah melakukan perkara-perkara yang hebat untuk kita; itulah sebabnya kita bersukacita! 4 Ya TUHAN, jadikanlah kami makmur semula, seperti sungai kering berair semula pada musim hujan. 5 Semoga orang yang menabur benih sambil menangis, dapat menuai hasilnya sambil bergembira! 6 Orang yang menabur benih sambil mencucurkan air mata, akan pulang membawa hasil tanaman sambil menyanyi dengan gembira. |
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.
Bible Society of Malaysia