Mazmur 123 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)Doa Minta Belas Kasihan 1 Lagu ziarah. Aku memandang ke syurga, tempat Engkau bersemayam; aku berdoa kepada-Mu, ya TUHAN. 2 Seperti seorang hamba bergantung kepada tuannya, dan seorang hamba perempuan kepada puannya, demikian juga kami berharap kepada-Mu, ya TUHAN, Allah kami, sehingga Engkau mengasihani kami. 3 Kasihanilah kami, ya TUHAN, kasihanilah kami, kerana kami sudah terlalu banyak dihina. 4 Sudah terlalu lama kami diejek oleh orang kaya, dan dikeji oleh penindas yang sombong. |
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.
Bible Society of Malaysia