Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 12 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)


Doa Minta Tolong

1 Untuk pemimpin koir. Menurut lagu yang kelapan. Mazmur Daud.

2 Tolonglah kami, ya TUHAN, kerana tidak ada lagi orang yang baik; orang yang jujur tidak dapat dijumpai lagi.

3 Semua manusia saling membohongi, dan saling menipu dengan kata-kata manis.

4 Hentikanlah kata-kata manis itu, ya TUHAN, dan bungkamkan mulut yang bercakap besar,

5 “Kami berkuasa dengan mulut kami. Kami akan bercakap sesuka hati; tidak sesiapa dapat menghalang kami.”

6 TUHAN berfirman, “Orang miskin ditindas, dan orang yang dianiaya mengerang. Maka sekarang juga Aku datang memberikan ketenteraman yang diingini mereka.”

7 Janji TUHAN teguh dan dapat dipercayai; seperti perak yang dimurnikan berkali-kali di dalam api.

8-9 Orang jahat terdapat di merata-rata tempat, dan setiap orang menyanjung kejahatan. Selamatkanlah kami, ya TUHAN, peliharakanlah kami daripada orang seperti itu.

Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

Bible Society of Malaysia
Lean sinn:



Sanasan