Mazmur 112 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)Kebahagiaan Orang Baik 1 Pujilah TUHAN! Berbahagialah orang yang menghormati TUHAN, yang suka mentaati perintah-Nya. 2 Anak-anak orang yang baik akan berkuasa di negeri ini; keturunannya akan diberkati. 3 Keluarganya akan menjadi kaya-raya, dan dia akan makmur selama-lamanya. 4 Dia seperti cahaya yang bersinar dalam kegelapan bagi orang jujur; dia berbelas kasihan, penyayang, dan adil. 5 Berbahagialah orang yang murah hati dan suka memberi pinjaman, serta jujur dalam segala urusan. 6 Orang yang baik tidak sekali-kali akan gagal; dia akan diingat selama-lamanya. 7 Dia tidak takut menerima berita buruk; hatinya teguh kerana percaya kepada TUHAN. 8 Dia tidak khuatir ataupun takut kerana dia yakin musuhnya akan dikalahkan. 9 Dia memberikan sedekah kepada orang miskin, dia selalu murah hati, dia akan berkuasa dan dihormati orang. 10 Orang jahat melihat hal ini lalu naik marah; mereka memandang aku dengan kebencian. Lalu mereka binasa; harapan mereka lenyap selama-lamanya. |
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.
Bible Society of Malaysia