Mazmur 100 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)Lagu Pujian 1 Mazmur kesyukuran. Bernyanyilah untuk TUHAN, hai penduduk dunia! 2 Sembahlah TUHAN dengan sukacita; datanglah ke hadirat-Nya dengan lagu-lagu gembira! 3 Akuilah bahawa TUHAN itu Allah. Dia mencipta kita, dan kita kepunyaan-Nya; kita umat-Nya, bangsa yang dipelihara-Nya. 4 Masuklah melalui pintu gerbang-Nya dengan ucapan syukur, pergilah ke halaman Rumah-Nya dengan pujian. Bersyukurlah kepada-Nya dan pujilah Dia. 5 TUHAN itu baik; Dia tetap mengasihi umat-Nya dan setia kepada mereka selama-lamanya. |
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.
Bible Society of Malaysia