Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Kidung Agung 5 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)


Lelaki

1 Aku datang ke tamanku, hai kekasih dan pengantinku, aku mengumpulkan mur dan rempahku; aku makan madu dan sarang lebah maduku, aku minum susu dan wainku. Makanlah, hai sahabat-sahabat, dan minumlah sehingga kamu mabuk asmara.


Wanita-Wanita Nyanyian Keempat Wanita

2 Aku tidur, tetapi hatiku berjaga. Dengarlah, kekasihku mengetuk pintu. Benarkanlah aku masuk, hai sayangku, merpatiku, buah hatiku. Kepalaku basah kerana embun, dan rambutku penuh titisan embun malam.


Lelaki Wanita

3 Pakaian telah kutanggalkan; mengapakah aku harus memakainya lagi? Kaki pun telah kucuci; mengapakah aku harus mengotorkannya lagi?

4 Berdebar-debar hatiku, kerana kekasihku memegang tombol pintu.

5 Maka bangunlah aku hendak membuka pintu bagi kekasihku. Mur menitis dari tangan dan jariku membasahi tombol pintu.

6 Aku membuka pintu untuk kekasihku, tetapi dia sudah pergi. Aku sangat merindukan suaranya. Aku mencari dia tetapi tidak menemuinya; aku memanggil dia, tetapi dia tidak menyahut.

7 Peronda-peronda kota menemui aku; mereka memukul dan melukai aku; pengawal di tembok kota merampas selendangku.

8 Berjanjilah, hai puteri-puteri Yerusalem, jika kamu menjumpai kekasihku, beritahulah dia bahawa aku sakit asmara.


Wanita-Wanita

9 Hai gadis yang paling jelita, adakah kekasihmu lebih baik daripada kekasih lain? Apakah kelebihan kekasihmu sehingga kami harus berjanji kepadamu?


Wanita

10 Kekasihku kacak dan gagah; unggul antara sepuluh ribu orang.

11 Kepalanya seperti emas, emas murni, rambutnya berombak-ombak, hitam seperti burung gagak.

12 Matanya seperti burung merpati di mata air, merpati bermandi susu, di tebing anak sungai.

13 Pipinya bagaikan kebun rempah yang wangi. Bibirnya bagaikan bunga bakung yang menitiskan mur cecair.

14 Tangannya elok, dan dia memakai cincin emas dengan permata. Badannya seperti gading bertatah batu nilam.

15 Kakinya seperti tiang marmar putih, yang beralaskan emas. Perawakannya gagah seperti gunung-gunung di Lebanon, dan anggun seperti pokok sedar.

16 Amat manis tutur katanya, segala yang ada padanya menawan hatiku. Demikianlah kekasihku dan sahabatku, hai puteri-puteri Yerusalem.

Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

Bible Society of Malaysia
Lean sinn:



Sanasan