Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

MAZMUR 56 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible


Kepercayaan kepada Allah pada Waktu Kesusahan

1 Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Merpati dari Daerah Jauh, yang Membisu. Mazmur Daud, pada masa orang Filistin menangkap dia di Gat.

2 Kasihanilah aku, ya Allah, kerana aku diserang; musuh-musuhku menganiaya aku sepanjang masa.

3 Sepanjang hari lawanku menyerang aku; banyak orang yang melawan aku.

4 Ketika aku takut, ya Allah Yang Maha Kuasa, aku berharap kepada-Mu.

5 Aku percaya kepada Allah dan aku tidak takut; aku memuji Dia kerana janji-Nya. Apakah yang dapat dilakukan manusia terhadapku?

6 Sepanjang hari musuhku menyusahkan aku; mereka sentiasa berusaha untuk mencelakakan aku.

7 Mereka berkumpul di tempat persembunyian, dan mengawasi segala gerak-geriku, sambil mencari kesempatan untuk membunuh aku.

8 Hukumlah mereka, ya Allah kerana kejahatan mereka, dengan kemurkaan-Mu, binasakanlah mereka!

9 Engkau tahu betapa cemasnya hatiku; Engkau tahu betapa banyaknya air mataku. Bukankah semuanya itu tercatat di dalam kitab-Mu?

10 Pada hari aku berseru kepada-Mu, mundurlah musuh-musuhku. Aku tahu bahawa Allah memihak aku.

11 Aku memuji TUHAN Allah kerana janji-Nya.

12 Aku percaya kepada-Nya dan aku tidak takut. Apakah yang dapat dilakukan manusia kepadaku?

13 Ya Allah, aku akan menepati janjiku kepada-Mu, aku akan mempersembahkan korban kesyukuran kepada-Mu.

14 Engkau telah menyelamatkan aku daripada kematian, dan menjauhkan aku daripada kekalahan. Oleh itu, aku dapat hidup dalam perlindungan Allah, dalam cahaya yang menerangi semua yang hidup.

Alkitab Berita Baik © Bible Society of Malaysia, 1996.

Bible Society of Malaysia
Lean sinn:



Sanasan