Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

MAZMUR 147 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible


Pujian untuk Allah Yang Maha Kuasa

1 Pujilah TUHAN! Memang baik kita menyanyikan lagu pujian untuk Allah kita; memang elok dan patut kita memuji Dia.

2 TUHAN sedang memulihkan Yerusalem; Dia sedang membawa orang Israel kembali dari pembuangan.

3 Dia menyembuhkan orang yang hancur hati, dan membalut luka mereka.

4 Dia telah menentukan jumlah bintang, dan memberikan nama setiap bintang.

5 Sungguh agung dan perkasa Tuhan kita; kebijaksanaan-Nya tidak terhingga.

6 Dia memberikan kuasa kepada orang yang tertindas, tetapi Dia mengalahkan dan mempermalukan orang jahat.

7 Nyanyikanlah lagu pujian untuk TUHAN, dan mainkanlah kecapi untuk Allah kita.

8 Dia membentangkan awan di langit; Dia menurunkan hujan ke bumi, dan menumbuhkan rumput di bukit.

9 Dia memberikan makanan kepada binatang, dan kepada anak burung gagak yang menciap-ciap.

10 Dia tidak suka akan kuda yang kuat, ataupun askar yang berani;

11 tetapi Dia suka akan orang yang menghormati-Nya, orang yang yakin kepada kasih-Nya yang kekal.

12 Pujilah TUHAN, hai Yerusalem! Pujilah Allahmu, hai Sion!

13 Dia menguatkan pintu gerbangmu; Dia memberkati umatmu.

14 Dia menjaga keamanan negerimu dan memuaskan engkau dengan gandum yang terbaik.

15 Dia memberikan perintah kepada bumi, dan firman-Nya dilaksanakan dengan segera.

16 Dia meliputi tanah dengan salji seperti menghamparkan selimut, Dia menghamburkan embun beku seperti menghamburkan debu.

17 Dia menurunkan hujan batu seperti kerikil; tiada sesiapa pun tahan menghadapi kesejukan itu.

18 Kerana firman-Nya, air batu menjadi cair; Dia meniupkan angin, maka air pun mengalir.

19 Dia memberikan firman-Nya kepada umat-Nya, peraturan dan hukum-Nya kepada Israel.

20 Dia tidak berbuat demikian bagi bangsa lain; mereka tidak mengenal hukum-Nya. Pujilah TUHAN!

Alkitab Berita Baik © Bible Society of Malaysia, 1996.

Bible Society of Malaysia
Lean sinn:



Sanasan