MAZMUR 138 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional BibleDoa Kesyukuran 1 Mazmur Daud. Ya TUHAN, aku bersyukur kepada-Mu dengan sepenuh hatiku; aku menyanyikan pujian untuk-Mu di hadapan makhluk-makhluk syurga. 2 Aku menghadap Rumah-Mu yang suci, aku sujud dan memuji nama-Mu kerana Engkau setia dan kasih-Mu kekal, kerana Engkau telah menunjukkan bahawa nama-Mu dan firman-Mu agung. 3 Engkau menjawab apabila aku berseru kepada-Mu; Engkau menguatkan aku sehingga aku berani. 4 Semua raja di dunia akan memuji Engkau, ya TUHAN, kerana mereka telah mendengar janji-janji-Mu. 5 Mereka akan menyanyi tentang perbuatan-Mu, dan tentang kemuliaan-Mu yang besar. 6 Walaupun Engkau begitu agung, Engkau memperhatikan orang yang hina, dan orang sombong tidak dapat bersembunyi daripada-Mu. 7 Ketika aku ditimpa kesusahan, Engkau memelihara aku; Engkau menentang musuhku yang ganas, dan menyelamatkan aku dengan kuasa-Mu. 8 Engkau akan memenuhi segala janji-Mu kepadaku; ya TUHAN, kasih-Mu kekal abadi. Jangan tinggalkan umat yang telah Engkau jadikan. |
Alkitab Berita Baik © Bible Society of Malaysia, 1996.
Bible Society of Malaysia