MAZMUR 127 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional BibleMemuji Kebaikan Allah 1 Lagu ziarah oleh Raja Salomo. Jika bukan TUHAN yang mendirikan rumah, sia-sialah usaha orang yang mendirikannya; jika bukan TUHAN yang melindungi kota, sia-sialah usaha orang yang mengawalnya. 2 Sia-sia sahaja bangun pagi-pagi dan tidur larut malam, bekerja keras mencari nafkah, kerana TUHAN memberikan segalanya kepada orang yang dikasihi-Nya, sementara mereka sedang tidur. 3 Anak-anak adalah anugerah TUHAN; mereka adalah berkat-Nya. 4 Anak-anak lelaki yang diperoleh seorang bapa pada waktu mudanya, adalah seperti anak panah di tangan seorang askar. 5 Berbahagialah orang yang mempunyai banyak anak panah yang sedemikian. Dia tidak sekali-kali akan dikalahkan ketika menghadapi musuh di tempat pengadilan. |
Alkitab Berita Baik © Bible Society of Malaysia, 1996.
Bible Society of Malaysia