MAZMUR 11 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional BibleKeyakinan terhadap TUHAN 1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. Aku yakin bahawa TUHAN akan melindungi aku. Tidak ada gunanya berkata kepadaku, “Terbanglah seperti burung ke gunung, 2 kerana di tempat yang gelap, orang jahat telah melengkungkan busur, dan memasang anak panah untuk memanah orang baik. 3 Tiada apa-apa lagi yang dapat dilakukan orang baik apabila tata tertib masyarakat musnah.” 4 TUHAN berada di Rumah-Nya yang suci; Dia mempunyai takhta di syurga. Dia memperhatikan semua manusia dan mengetahui segala perbuatan mereka. 5 Dia menguji orang baik dan orang jahat; Dia sangat membenci orang yang mencintai keganasan. 6 Orang jahat dihukum-Nya dengan malapetaka, dengan arang berapi, belerang, dan angin yang menghanguskan. 7 TUHAN adil dan mengasihi orang yang berbuat baik; orang jujur akan melihat dan mengenal Dia. |
Alkitab Berita Baik © Bible Society of Malaysia, 1996.
Bible Society of Malaysia