BILANGAN 1 - Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional BibleUmat Israel Mengadakan Banci yang Pertama 1 Pada hari pertama bulan kedua, dalam tahun kedua selepas umat Israel meninggalkan Mesir, TUHAN berfirman kepada Musa di dalam Khemah TUHAN di Gurun Sinai. Dia berfirman, 2 “Engkau dan Harun harus membanci orang Israel menurut puak dan keluarga. Buatlah senarai nama semua orang lelaki 3 yang berumur dua puluh tahun ke atas, yang layak menjadi askar. 4 Mintalah seorang penghulu puak daripada tiap-tiap suku untuk menolong kamu.” 5-16 Inilah semua orang lelaki, iaitu para pemimpin dalam suku mereka, yang dipilih dari antara umat untuk melakukan tugas itu: Suku Pemimpin Ruben Elizur anak Syedeur Simeon Selumiel anak Zurisyadai Yehuda Nahason anak Aminadab Isakhar Netaneel anak Zuar Zebulon Eliab anak Helon Efraim Elisama anak Amihud Manasye Gamaliel anak Pedazur Benyamin Abidan anak Gideoni Dan Ahiezer anak Amisyadai Asyer Pagiel anak Okhran Gad Elyasaf anak Dehuel Naftali Ahira anak Enan Suku Pemimpin 17 Dengan bantuan dua belas orang itu, Musa dan Harun 18 mengumpulkan segenap umat pada hari pertama bulan kedua. Semua orang didaftarkan menurut puak dan keluarga masing-masing. Nama setiap orang lelaki yang berumur dua puluh tahun ke atas didaftarkan dan dihitung, 19 sebagaimana yang diperintahkan TUHAN. Musa mendaftarkan mereka di Gurun Sinai. 20-46 Nama orang lelaki yang berumur dua puluh tahun ke atas, yang layak menjadi askar, didaftarkan menurut puak dan keluarga, bermula dengan suku Ruben, anak lelaki sulung Yakub. Jumlah mereka adalah seperti berikut: Suku Bilangan Orang Ruben 46,500 Simeon 59,300 Gad 45,650 Yehuda 74,600 Isakhar 54,400 Zebulon 57,400 Efraim 40,500 Manasye 32,200 Benyamin 35,400 Dan 62,700 Asyer 41,500 Naftali 53,400 Jumlah: 603,550 Suku Bilangan Orang 47 Orang Lewi tidak didaftarkan bersama dengan suku-suku lain, 48 kerana TUHAN sudah berfirman kepada Musa, 49 “Apabila engkau membanci orang lelaki yang layak menjadi askar, jangan banci suku Lewi. 50 Tetapi suruhlah orang Lewi mengurus Khemah-Ku dan segala peralatannya. Mereka harus memikul Khemah dan peralatannya, serta bertugas di situ. Mereka juga harus berkhemah di sekeliling Khemah-Ku. 51 Apabila kamu memindahkan perkhemahan, orang Lewi harus menggulung Khemah-Ku, dan memasangnya semula di tempat yang baru. Selain orang Lewi, sesiapa yang menghampiri Khemah-Ku mesti dihukum mati. 52 Orang Israel lain harus berkhemah dalam kumpulan, dan setiap orang dalam kelompoknya sendiri, dan di bawah panji masing-masing. 53 Tetapi orang Lewi harus berkhemah di sekeliling Khemah-Ku untuk mengawalnya supaya tiada sesiapa pun akan menghampirinya, lalu menyebabkan Aku murka dan menghukum umat Israel.” 54 Maka umat Israel melakukan segala yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. |
Alkitab Berita Baik © Bible Society of Malaysia, 1996.
Bible Society of Malaysia