Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Yesaya 12 - Alkitab Versi Borneo


Nyanyian syukur

1 Pada hari itu kamu akan berkata, “Aku mahu mengucap syukur kepada-Mu, ya TUHAN, kerana sungguhpun Engkau telah murka kepadaku, murka-Mu telah surut dan Engkau menghiburkan aku.

2 Sesungguhnya, Allah ialah penyelamatanku. Aku percaya dan tidak gentar, kerana TUHAN ALLAH sajalah, kekuatanku dan puji-pujianku. Dia telah menjadi penyelamatanku.”

3 Dengan girang kamu akan menimba air daripada mata air penyelamatan.

4 Pada hari itu kamu akan berkata, “Ucapkanlah syukur kepada TUHAN, serulah nama-Nya. Beritahukanlah perbuatan-Nya kepada bangsa-bangsa, masyhurkanlah bahawa nama-Nya luhur.

5 Lantunkanlah puji-pujian bagi TUHAN, kerana perbuatan-Nya agung. Biarlah hal ini diketahui di seluruh bumi.

6 Pekiklah dan bersorak-sorailah, wahai penduduk Sion, kerana Yang Maha Suci, Allah Israel, agung di tengah-tengahmu.”

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Lean sinn:



Sanasan