Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Yeremia 47 - Alkitab Versi Borneo


Tentang orang Filistin

1 Firman TUHAN datang kepada Nabi Yeremia mengenai orang Filistin, sebelum Firaun mengalahkan Gaza.

2 Beginilah firman TUHAN, “Lihat, air meluap dari utara menjadi sungai yang menghanyutkan, meliputi negeri dan segala isinya, kota serta penduduknya. Manusia akan menjerit dan seluruh penduduk negeri akan meraung-raung

3 mendengar bunyi derap kuku kudanya, mendengar deru rata-ratanya, gemuruh roda-rodanya. Ayah tidak berani menoleh ke belakang kepada anak mereka, semangat mereka patah,

4 kerana waktunya telah tiba untuk membinasakan semua orang Filistin dan untuk melenyapkan semua penolong yang masih tinggal di Tirus dan Sidon. Sesungguhnya, TUHAN akan membinasakan orang Filistin, saki-baki orang Pulau Kaftor.

5 Gaza menjadi gondol, Askelon dimusnahkan. Wahai orang yang tersisa di lembahnya, berapa lama lagi engkau menoreh-noreh diri?

6 Ah, pedang TUHAN, berapa lama lagi baru engkau berhenti? Masuklah ke dalam sarungmu, tenanglah dan diamlah!

7 Bagaimanakah dia dapat berhenti, sedangkan TUHAN telah memberinya perintah? Ke Askelon dan ke tepi laut, ke sanalah Dia menetapkannya.”

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Lean sinn:



Sanasan