Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 99 - Alkitab Versi Borneo

1 TUHAN bertakhta memerintah, biarlah bangsa-bangsa gementar; Dia tinggal di antara malaikat kerubin, biarlah bumi bergegar.

2 TUHAN Maha Besar di Sion; dan Dia jauh di atas semua bangsa.

3 Biarlah mereka memuji nama-Mu yang agung dan mengagumkan — Dia Maha Kudus.

4 Kekuatan Raja cinta akan keadilan — Engkau telah mengasaskan kesaksamaan; Engkau telah melakukan yang benar dan adil dalam Yakub.

5 Tinggikanlah TUHAN Allah kita dan sembahlah Dia di alas kaki-Nya; Dia Maha Kudus.

6 Musa dan Harun tergolong antara imam-Nya, dan Samuel antara mereka yang menyeru nama-Nya; mereka berseru kepada TUHAN dan Dia menjawab mereka.

7 Dia berfirman kepada mereka dalam tiang awan; mereka mematuhi peraturan-Nya dan ketetapan yang diberi-Nya.

8 Engkau menjawab mereka, Ya TUHAN Allah kami; Engkau Allah pengampun kepada mereka, meskipun Engkau membalas perbuatan mereka dengan hukuman.

9 Tinggikanlah TUHAN, Allah kita dan sembahlah Dia di bukit suci-Nya, kerana TUHAN Allah kita Maha Kudus.

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Lean sinn:



Sanasan