Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 98 - Alkitab Versi Borneo


Sebuah mazmur.

1 Nyanyikan untuk TUHAN lagu yang baru, kerana Dia telah melakukan perkara yang menakjubkan; tangan kanan-Nya dan lengan-Nya yang suci telah membawa kemenangan untuk-Nya.

2 TUHAN telah memberitahu tentang penyelamatan-Nya, dan perbenaran-Nya telah ditunjukkan-Nya kepada bangsa-bangsa.

3 Dia telah ingat akan kasih-Nya dan kesetiaan-Nya kepada keturunan kaum Israel; semua pelosok bumi telah melihat penyelamatan Allah.

4 Bersorak rianglah kepada TUHAN, seluruh bumi, menyanyilah, bergembiralah, dan nyanyikanlah pujian;

5 menyanyilah kepada TUHAN dengan kecapi, dengan kecapi dan nyanyian mazmur,

6 dengan nafiri dan sangkakala — bersorak rianglah ke hadirat TUHAN, Raja kita.

7 Biarlah laut menderu, dan segala yang dalamnya, dunia dan semua penghuninya.

8 Biarlah sungai-sungai bertepuk tangan, biarlah bukit-bukau berbahagia bersama-sama

9 di hadapan TUHAN kerana Dia akan datang untuk menghakimi bumi. Dengan keadilan Dia akan menghakimi dunia dan kaum-kaum dengan saksama.

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Lean sinn:



Sanasan