Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 87 - Alkitab Versi Borneo


Mazmur suku Korah. Sebuah nyanyian.

1 Asas-Nya di bukit suci;

2 TUHAN mencintai pintu pagar Sion lebih daripada segala tempat kediaman Yakub.

3 Pelbagai kemuliaan disebutkan tentangmu, Wahai kota Allah: Sela

4 “Aku akan menyebut Rahab dan Babel kepada mereka yang mengenal-Ku — Ketahuilah, wahai Filistea dan Tirus, serta Kush — ‘Dia dilahirkan di Sion.’ ”

5 Dan tentang Sion akan dikatakan, “Dia ini dan dia itu telah dilahirkan dalamnya, dan Yang Maha Tinggi sendiri akan mengukuhkannya.”

6 TUHAN akan mencatatkan ketika Dia mendaftarkan umat-Nya: “Dia ini dilahirkan di Sion.” Sela

7 Kedua-dua penyanyi dan pemain muzik berkata, “Semua sumber bahagiaku dalammu.”

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Lean sinn:



Sanasan