Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 83 - Alkitab Versi Borneo


Sebuah nyanyian. Mazmur Asaf.

1 Janganlah senyap, ya Allah; janganlah Engkau membisu, dan janganlah berdiam diri, ya Allah.

2 Kerana lihatlah, musuh-Mu berbuat huru-hara, dan mereka yang membenci-Mu telah mengangkat kepala.

3 Mereka berunding mengatur tipu muslihat menentang umat-Mu; dan berpakat melawan orang yang Kaulindungi.

4 Mereka telah berkata, “Marilah kita hapuskan mereka sebagai suatu bangsa, supaya nama Israel akan luput dari ingatan.”

5 Mereka telah berpakat dan bersatu hati; mereka telah membentuk komplot menentang-Mu —

6 orang Edom dan orang Ismael, Moab dan Hagri,

7 Gebal, Amon dan Amalek, Filistea dan Tirus.

8 Asyur pun telah menjadi sekutu mereka; mereka membantu keturunan bani Lut. Sela

9 Perlakukanlah mereka seperti Kauperlakukan orang Midian, dan Sisera serta Yabin di Sungai Kison,

10 yang binasa di En-Dor dan menjadi seperti sampah di atas bumi.

11 Jadikanlah para pemimpin mereka seperti Oreb dan Zeeb, ya, dan raja-raja mereka seperti Zebah dan Salmuna,

12 yang telah berkata, “Marilah kita ambil padang-padang berumput Allah sebagai milik kita.”

13 Ya Allahku, jadikan mereka seperti debu berterbangan, seperti sekam ditiup angin.

14 Seperti api membakar hutan dan membuat gunung-ganang menyala,

15 burulah mereka dengan badai-Mu dan takutkan mereka dengan ribut-Mu.

16 Malukanlah mereka supaya mereka mencari nama-Mu, ya TUHAN.

17 Biarlah mereka keliru dan kecewa selama-lamanya; ya, biarkanlah mereka malu dan binasa.

18 Supaya mereka tahu hanya Engkau, yang bernama TUHAN — Engkaulah Yang Maha Tinggi menguasai seluruh bumi.

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Lean sinn:



Sanasan