Mazmur 82 - Alkitab Versi BorneoMazmur Asaf. 1 Allah berdiri dalam perhimpunan perkasa; Dia menghakimi antara “hakim-hakim syurga”: 2 “Berapa lamakah kamu akan menghakimi dengan tidak adil dan memihak kepada orang zalim? Sela 3 Belalah orang miskin dan anak yatim; lakukanlah keadilan kepada orang yang miskin dan ditindas. 4 Selamatkan orang yang lemah dan sesak; lepaskan mereka daripada tangan orang zalim.” 5 “Mereka tidak tahu, dan tidak mengerti. Mereka merayau dalam kegelapan; semua asas bumi sudah goyah.” 6 “Aku berkata, ‘Kamu ialah “tuhan”; dan kesemua kamu ialah anak Yang Maha Tinggi.’ 7 Tetapi kamu akan mati seperti manusia; dan jatuh seperti seorang anak raja.” 8 Bangkitlah, ya Allah, hakimilah bumi, kerana semua bangsa ialah warisan-Mu. |