Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 64 - Alkitab Versi Borneo


Untuk pemimpin muzik. Mazmur Daud.

1 Dengarlah suaraku, ya Allah, dalam renunganku; peliharakan nyawaku daripada ancaman ngeri musuh.

2 Lindungi aku daripada pakatan rahsia orang zalim, daripada pemberontakan mereka yang melakukan kejahatan.

3 Mereka menajamkan lidah mereka seperti pedang dan melengkungkan busur memanahkan kata-kata pahit.

4 Jangan biarkan mereka memanah dengan rahsia orang yang tidak bersalah; mereka memanahnya mendadak tanpa takut.

5 Mereka saling menggalakkan ke arah kejahatan, mereka berbincang hendak memasang jerat dalam rahsia; kata mereka, “Siapa yang akan melihat mereka?”

6 Mereka merancang pelbagai kejahatan, “Kami telah menyiapkan muslihat licik!” Fikiran dan hati manusia memang sukar diselami.

7 Tetapi Allah akan melepaskan anak panah-Nya kepada mereka; tiba-tiba mereka akan luka.

8 Dia akan membinasakan mereka dengan kata-kata mereka sendiri; semua yang melihat mereka menggeleng kepala.

9 Semua manusia akan ketakutan; dan akan mengisytiharkan perbuatan Allah kerana dengan bijaksana mereka akan merenung tindakan-Nya.

10 Orang yang benar akan bersukacita kerana TUHAN dan berlindung kepada-Nya; dan semua yang tulus hati akan memuliakan-Nya!

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Lean sinn:



Sanasan