Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 63 - Alkitab Versi Borneo


Mazmur Daud ketika dia di Gurun Yehuda.

1 Ya Allah, Engkau Allahku, aku akan mencari-Mu segera; jiwaku dahaga kepada-Mu, jasadku merindui-Mu, di tanah gersang tandus tanpa air.

2 Maka aku mencari-Mu di tempat suci-Mu untuk melihat kekuasaan dan kemuliaan-Mu.

3 Kerana kasih-Mu lebih bernilai daripada nyawa, bibirku akan memuji-Mu.

4 Demikian aku akan memuji-Mu seumur hidupku, aku akan menadah tanganku dengan nama-Mu.

5 Jiwaku akan berasa puas seperti dijamu; dan aku akan memuji-Mu dengan sukacita.

6 Apabila aku ingat kepada-Mu di tempat tidurku; aku berjaga merenungkan Engkau sepanjang malam.

7 Kerana Engkau telah menolongku, maka di bawah naungan sayap-Mu aku akan bergembira.

8 Jiwaku mengikut jejak-Mu dari dekat; tangan kanan-Mu memberiku kekuatan.

9 Tetapi mereka yang ingin meragut nyawaku; akan terbenam jauh di dalam bumi.

10 Mereka mati ditikam pedang mereka akan menjadi habuan serigala.

11 Raja akan bersukacita kerana Allah; setiap orang yang berjanji dengan nama Allah akan memuliakan-Nya, tetapi mulut pendusta akan dibisukan.

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Lean sinn:



Sanasan