Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 62 - Alkitab Versi Borneo


Untuk pemimpin muzik. Menurut Yedutun. Mazmur Daud.

1 Sesungguhnya, jiwaku senyap hening menantikan Allah; daripada-Nya datang penyelamatanku.

2 Hanyalah Dia batu pejalku dan penyelamatanku; Dialah yang melindungiku, maka aku tidak akan digulingkan.

3 Berapa lamakah kamu akan terus menyerang? Kamu semua akan dimusnahkan — seperti dinding yang miring dan pagar yang hampir rebah.

4 Mereka berkomplot semata-mata untuk menggulingkannya daripada kedudukannya yang tinggi; mereka suka berdusta. Mereka memberkati dengan mulut, tetapi menyumpah dalam hati. Sela

5 Jiwaku, senyap heninglah menantikan Allah sahaja; kerana harapanku terletak pada-Nya.

6 Hanyalah Dia batu pejalku dan penyelamatanku; Dialah pertahananku, maka aku tidak akan digugat.

7 Pada Allah penyelamatanku dan kemuliaanku; batu pejal kekuatanku, dan tempat perlindunganku pada Allah.

8 Percayalah kepada-Nya setiap waktu, hai umatku; curahkan isi hatimu di hadirat-Nya, Allah Pelindung kita. Sela

9 Sesungguhnya, manusia baik rendah mahupun tinggi kedudukannya, hanyalah nafas dan bayangan maya; jika mereka ditimbang dengan neraca; semuanya lebih ringan daripada nafas.

10 Jangan letakkan kepercayaan kepada penindasan, usah berharap sia-sia kepada hasil rompakan; walaupun kekayaanmu bertambah, jangan bergantung kepadanya.

11 Allah telah berfirman beberapa kali, dan aku telah mendengar: bahawa kuasa hanya milik Allah,

12 kasih juga milik-Mu, ya Tuhan. Engkau memberi ganjaran yang sepadan dengan usaha setiap orang.

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Lean sinn:



Sanasan