Mazmur 61 - Alkitab Versi BorneoUntuk pemimpin muzik. Dengan alat muzik bertali. Mazmur Daud. 1 Dengarlah rayuanku, ya Allah; dengarlah doaku. 2 Dari hujung bumi aku akan merayu kepada-Mu, ketika hatiku tertekan; bimbinglah aku ke tempat batuan yang lebih tinggi daripadaku. 3 Kerana Engkaulah tempat aku bernaung, menara perkasa yang melindungiku daripada musuh. 4 Aku akan tinggal di khemah suci-Mu selama-lamanya; aku akan berlindung di bawah naungan sayap-Mu. Sela 5 Kerana Engkau, ya Allah, telah mendengar segala janjiku; Engkau telah memberiku warisan mereka yang takut akan nama-Mu. 6 Engkau akan melanjutkan usia raja, hayatnya dan zuriatnya turun-temurun. 7 Dia akan berada di hadirat Allah selama-lamanya; kurniakanlah kasih dan kesetiaan yang akan memeliharanya. 8 Maka aku akan menyanyikan puji-pujian bagi nama-Mu selama-lamanya untuk menunaikan janjiku setiap hari. Sela |