Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 6 - Alkitab Versi Borneo


Untuk pemimpin muzik. Dengan iringan alat-alat muzik bertali. Dengan kecapi bertali lapan. Mazmur Daud.

1 Ya TUHAN, janganlah menempelak aku dalam kemarahan-Mu atau menghukum aku dalam kemurkaan-Mu.

2 Kasihanilah aku, ya TUHAN, kerana aku longlai; ya TUHAN, sembuhkanlah aku, kerana tulang-tulangku terseksa.

3 Jiwaku gundah-gulana. Berapa lama, ya TUHAN, berapa lama?

4 Berpalinglah semula kepadaku, ya TUHAN, dan lepaskan aku; selamatkan aku kerana kasih setia-Mu.

5 Tiada sesiapa mengingati-Mu setelah dia mati. Siapa yang memuji-Mu dari kubur?

6 Aku letih lesu kerana mengerang; sepanjang malam kubanjiri tempat tidurku dengan tangisan dan kubasahi katilku dengan air mata.

7 Mataku menjadi lemah kerana kesedihan; dan semakin kelam kerana musuhku.

8 Nyahlah dari sisiku, hai kamu yang berbuat jahat, kerana TUHAN telah mendengar ratapanku.

9 TUHAN telah mendengar jeritanku memohon belas kasihan; TUHAN menerima doaku.

10 Semua musuhku akan malu dan kecewa; mereka akan berpatah balik dalam keaiban yang tiba-tiba.

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Lean sinn:



Sanasan