Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 57 - Alkitab Versi Borneo


Untuk pemimpin muzik. Menurut lagu “Jangan Binasakan.” Mazmur Daud, ketika dia lari daripada Saul ke dalam gua.

1 Kasihanilah aku, ya Allah, kasihanilah aku, kerana jiwaku percaya kepada-Mu. Dan di bawah naungan sayap-Mu aku akan berlindung sehingga segala malapetaka ini berlalu.

2 Aku akan berseru kepada Allah Yang Maha Tinggi, kepada Allah yang melakukan segalanya untukku.

3 Dia akan menghantar bantuan dari syurga dan menyelamatkan aku, Dia memurkai orang yang ingin membinasakan aku; Sela Allah akan menghantar kasih-Nya dan kesetiaan-Nya.

4 Jiwaku dikepung singa; aku terbaring di antara anak-anak manusia yang ganas membakar seperti api — gigi mereka lembing dan anak panah, dan lidah mereka pedang yang tajam.

5 Maha Tinggi Engkau, ya Allah, memerintah langit; tunjukkan kemuliaan-Mu menguasai seluruh bumi.

6 Mereka telah memasang jerat supaya kakiku terperosok; jiwaku tertekan. Mereka telah menggali lubang yang dalam untukku; lalu mereka sendiri terjatuh ke dalamnya. Sela

7 Hatiku teguh, ya Allah, hatiku teguh; aku akan menyanyi dan menggubah pujian.

8 Bangunlah, jiwaku! Bangunlah, gambus dan kecapi! Aku akan membangunkan fajar.

9 Aku akan memuji-Mu, ya Tuhan, dalam kalangan bangsa-bangsa; aku akan menyanyi untuk-Mu dalam kalangan umat manusia.

10 Kerana kasih-Mu menjangkau langit; dan kesetiaan-Mu mencapai awan.

11 Maha Tinggi Engkau, ya Allah, memerintah langit; dan kemuliaan-Mu di atas seluruh bumi.

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Lean sinn:



Sanasan