Mazmur 54 - Alkitab Versi BorneoUntuk pemimpin muzik. Dengan alat-alat muzik bertali. Renungan Daud ketika orang Zif memberitahu Saul, “Daud bersembunyi di kawasan kami.” 1 Selamatkanlah aku, ya Allah, dengan nama-Mu; dan belalah aku dengan kekuatan-Mu. 2 Dengarlah doaku, ya Allah; dengarlah kata-kataku. 3 Orang asing telah bangkit menyerangku; dan orang zalim cuba meragut nyawaku — mereka tidak ingat akan Allah. Sela 4 Allah menolong aku; Tuhan menyertai orang yang mempertahankan nyawaku. 5 Allah akan membalas kejahatan musuhku; akan menghapuskan mereka dalam kesetiaan-Nya. 6 Aku akan mempersembahkan korban kepada-Mu dengan sepenuh kerelaan; aku akan memuji nama-Mu, ya TUHAN, yang penuh kebaikan. 7 Kerana Allah telah menyelamatkan aku daripada segala kesusahan, dan mataku telah melihat hasratku tercapai dengan ketewasan musuhku. Sela |