Mazmur 5 - Alkitab Versi BorneoUntuk pemimpin muzik. Dengan iringan seruling. Mazmur Daud. 1 Dengarlah kata-kataku, ya TUHAN, pertimbangkan keluhanku. 2 Dengarlah jeritanku meminta tolong, wahai Rajaku dan Allahku, kerana kepada-Mu aku berdoa. 3 Pada waktu pagi, ya TUHAN, Kaudengar suaraku; pada waktu pagi kulafazkan permohonanku ke hadirat-Mu lalu menanti dengan harapan. 4 Engkau bukanlah Allah yang suka akan kejahatan; dengan-Mu orang zalim tidak dapat tinggal. 5 Orang angkuh tidak dapat berdiri di hadirat-Mu; Engkau benci akan semua yang berbuat jahat. 6 Engkau membinasakan orang yang berdusta; orang yang suka menumpahkan darah dan memperdaya dibenci oleh TUHAN. 7 Tetapi aku, dengan limpah belas kasihan-Mu, akan masuk ke rumah-Mu; dengan sepenuh hormat aku akan tunduk ke arah Bait Suci-Mu. 8 Pimpinlah aku, ya TUHAN, dalam perbenaran-Mu kerana musuh-musuhku — luruskanlah jalan-Mu di hadapanku. 9 Tiada sepatah kata pun daripada mulut mereka dapat dipercayai; hati mereka dipenuhi pembinasaan. Kerongkong mereka seperti kubur terbuka; lidah mereka menuturkan tipu daya. 10 Isytiharkan mereka bersalah, ya Allah! Biarkan pakatan sulit mereka menjatuhkan mereka. Singkirkan mereka kerana dosa mereka yang banyak, kerana mereka telah menderhaka terhadap-Mu. 11 Tetapi biarlah semua orang yang bernaung kepada-Mu bersukacita; biar mereka sentiasa bernyanyi kegembiraan. Berilah mereka perlindungan-Mu, supaya orang yang mengasihi nama-Mu dapat bersukacita dalam-Mu. 12 Kerana, ya TUHAN, tentulah Engkau memberkati orang yang benar; Engkau melindungi mereka dengan kemurahan-Mu seperti dengan perisai. |