Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 48 - Alkitab Versi Borneo


Nyanyian. Mazmur puak Korah.

1 Maha Besar TUHAN, segala puji bagi-Nya, di kota Allah kita, di bukit suci-Nya.

2 Indah dalam ketinggiannya, kegembiraan seluruh bumi. Bukit Sion di bahagian utara Zafon, kota Raja yang Agung.

3 Allah berada di istana kota ini; Dia telah menunjukkan diri-Nya sebagai Pelindung.

4 Lihatlah, raja-raja telah berhimpun, mereka lalu bersama-sama,

5 mereka melihatnya lalu berasa takjub; mereka cemas dan segera pergi.

6 Mereka dicengkam ketakutan di situ, dan kesakitan seperti perempuan hendak bersalin.

7 Seperti waktu Engkau memecahkan kapal-kapal Tarsis dengan angin ribut dari timur.

8 Sebagaimana yang kami dengar, begitulah yang kami lihat di kota TUHAN Yang Maha Kuasa, di kota Allah kita: Allah akan memeliharanya untuk selama-lamanya. Sela

9 Kami telah memikirkan, ya Allah, kasih setia-Mu, di dalam rumah suci-Mu.

10 Menurut nama-Mu, ya Allah, demikianlah Engkau dipuji di serata bumi; tangan kanan-Mu penuh keadilan.

11 Bergembiralah wahai Bukit Sion, bersukacitalah anak-anak perempuan Yehuda kerana penghakiman-Mu yang adil.

12 Berjalanlah serata Sion, bersiar kelilingnya, hitung menara-menaranya,

13 perhatikan kubu-kubunya, tatap istana-istananya, untuk diceritakan kepada anak cucu kelak.

14 Kerana demikianlah Allah, Allah kita untuk selama-lamanya; Dia akan memimpin kita hingga ke akhir hayat.

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Lean sinn:



Sanasan