Mazmur 43 - Alkitab Versi Borneo1 Pertahankan kebenaranku, ya Allah, dan sokong perjuanganku menentang bangsa yang mungkar; selamatkanlah aku daripada manusia yang dusta dan zalim. 2 Kerana Engkaulah Allah kekuatanku. Mengapa Engkau menyingkiri aku? Mengapa aku bersedih, kerana ditindas musuhku? 3 Hantarlah cahaya-Mu dan kebenaran-Mu, untuk membimbingku; membawaku ke bukit suci-Mu, dan ke khemah-Mu. 4 Maka aku akan pergi ke mazbah-Mu, ya Allah, Allah sumber kebahagiaanku yang tidak terhingga. Dan sambil bermain kecapi aku akan memuji-Mu, ya Allah, ya Allahku. 5 Mengapa kau nestapa, wahai jiwaku? Mengapa kau resah gelisah? Berharaplah kepada Allah, kerana aku akan memuji-Nya, Penyelamatku dan Allahku. |