Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 4 - Alkitab Versi Borneo


Untuk pemimpin muzik. Dengan iringan alat-alat muzik bertali. Mazmur Daud.

1 Jawablah apabila aku berseru kepada-Mu, Ya Allahku yang benar. Kurangkan penderitaanku; kasihanilah aku dan dengar doaku.

2 Berapa lamakah, hai manusia, kamu akan terus menjadikan kemuliaanku satu keaiban? Berapa lamakah kamu akan mencintai bayangan maya dan mencari tuhan-tuhan palsu? Sela

3 Ketahuilah, TUHAN telah memilih orang yang warak untuk diri-Nya; TUHAN akan mendengar apabila aku berseru kepada-Nya.

4 Apabila kamu marah, janganlah sampai melakukan dosa; ketika di tempat tidurmu, sorotilah hatimu dalam senyap sepi. Sela

5 Persembahkan korban-korban yang benar dan percayalah kepada TUHAN.

6 Ramai yang bertanya, “Siapa dapat menunjukkan kita kebaikan?” Sinari kami dengan cahaya wajah-Mu, ya TUHAN.

7 Engkau telah memenuhi hatiku dengan kegembiraan lebih daripada ketika biji-bijian dan air anggur baru mereka mewah melimpah.

8 Aku akan berbaring dan tidur dalam sejahtera, kerana hanya Engkau, ya TUHAN, membolehkan aku tinggal dengan selamat.

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Lean sinn:



Sanasan