Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 28 - Alkitab Versi Borneo


Mazmur Daud.

1 Kepada-Mu aku berseru, Ya TUHAN, Batu Pejalku; janganlah berdiam diri terhadapku. Takut nanti, jika Engkau membisu kepadaku, aku menjadi seperti mereka yang masuk ke lubang yang dalam.

2 Dengarlah suaraku merayu apabila aku berseru kepada-Mu, apabila aku mengangkat tangan ke arah khemah suci-Mu.

3 Jangan singkirkan aku bersama orang zalim, dan mereka yang melakukan kejahatan, yang menuturkan kata-kata damai kepada sesama manusia tetapi kejahatan terpendam dalam hati mereka.

4 Hukumlah mereka setimpal dengan perbuatan mereka sepadan dengan kedurjanaan usaha mereka; hukumlah mereka setimpal dengan apa yang dilakukan mereka; berilah mereka hukuman yang wajar.

5 Kerana mereka tidak menghiraukan segala perbuatan TUHAN mahupun segala hasil kerja tangan-Nya, Dia akan membinasakan mereka dan tidak akan memulihkan mereka.

6 Segala puji bagi TUHAN, kerana Dia telah mendengar suaraku merayu.

7 TUHAN kekuatan dan perisaiku; hatiku percaya kepada-Nya, dan aku ditolong-Nya. Oleh itu, hatiku amat gembira dan dengan nyanyianku aku akan memuji-Nya.

8 TUHAN kekuatan mereka, dan Dia tempat berlindung orang yang diurapi-Nya.

9 Selamatkanlah umat-Mu dan berkatilah mereka yang menjadi milik-Mu; jadilah gembala pembimbing mereka dan teguhkan mereka selama-lamanya.

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Lean sinn:



Sanasan