Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 26 - Alkitab Versi Borneo


Mazmur Daud.

1 Tunjukkanlah kebenaranku, ya TUHAN, kerana aku telah hidup dalam ketulusan; dan aku percaya kepada TUHAN maka aku tidak tergelincir.

2 Periksalah aku, ya TUHAN, dan dugalah aku, ujilah fikiran dan hatiku;

3 kerana aku melihat belas kasih-Mu, dan aku telah hidup dalam kebenaran-Mu.

4 Aku tidak duduk bersama penyembah berhala, dan tidak menyertai orang munafik;

5 aku membenci perhimpunan orang yang berbuat jahat dan tidak akan duduk di sisi orang zalim.

6 Aku akan membasuh tanganku dalam kesucian, dengan demikian aku ke tempat menyembah-Mu, Ya TUHAN,

7 supaya aku dapat mengisytiharkan dengan suara kesyukuran segala perbuatan-Mu yang menakjubkan.

8 Ya TUHAN, aku mencintai rumah-Mu, dan tempat kemuliaan-Mu.

9 Janganlah himpunkan jiwaku dengan orang berdosa, dan hidupku dengan manusia penumpah darah,

10 yang merancang perbuatan zalim, manakala tangan mereka penuh rasuah.

11 Tetapi aku, aku akan terus hidup dalam kebaikan; tebuslah aku dan kasihanilah aku.

12 Kakiku berpijak di tempat mantap; dalam perhimpunan aku akan memuji TUHAN.

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Lean sinn:



Sanasan