Mazmur 23 - Alkitab Versi BorneoMazmur Daud. 1 TUHAN ialah gembalaku, aku tidak akan kekurangan apa-apa pun. 2 Dia membuat aku berbaring di padang rumput yang hijau, Dia membimbingku ke tepian air tenang, 3 Dia memulihkan jiwaku. Dia membimbingku ke jalan benar demi nama-Nya. 4 Ya, meski aku melangkah di lembah bayangan maut, aku tidak akan takut kepada kejahatan, kerana Engkau ada bersamaku; gada dan tongkat-Mu menetapkan hatiku. 5 Engkau menyediakan hidangan untukku di hadapan musuhku. Engkau mengurapi kepalaku; cawanku melimpah. 6 Tentulah kebaikan dan kasih akan mengiringiku seumur hidupku, dan aku akan tinggal di dalam rumah TUHAN selama-lamanya. |