Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Mazmur 2 - Alkitab Versi Borneo

1 Mengapakah bangsa-bangsa berpakat dan kaum-kaum berkomplot dengan sia-sia?

2 Raja-raja bumi ini menegakkan pendirian dan para pemerintah bermuafakat untuk melawan TUHAN dan melawan Dia yang diurapi-Nya;

3 Mereka berkata, “Mari kita putuskan rantai pengikat mereka, dan buangkan belenggu mereka.”

4 Dia yang bertakhta di syurga tertawa; TUHAN mencemuh mereka.

5 Kemudian Dia menegur mereka dalam kemarahan-Nya dan menakutkan mereka dalam kemurkaan-Nya, sambil berfirman,

6 “Aku telah menabalkan Raja-Ku di atas Sion, bukit suci-Ku.”

7 Aku akan mengisytiharkan firman TUHAN: Dia berkata kepadaku, “Engkau Anak-Ku; pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu.

8 Mintalah daripada-Ku, Aku akan menjadikan segala bangsa warisan-Mu, dan setiap pelosok bumi milik-Mu.

9 Engkau akan memerintah mereka dengan tongkat besi; dan menghancurkan mereka seperti tembikar.”

10 Oleh itu, hai kamu raja-raja, bijaksanalah; berhati-hatilah, kamu para pemerintah bumi.

11 Layanlah TUHAN dengan rasa takut dan bersukacitalah dengan gementar.

12 Ciumlah Anak itu, jangan sampai Dia marah lalu kamu dibinasakan di jalan, kerana kemurkaan-Nya mudah bermarak. Diberkatilah semua orang yang bernaung kepada-Nya.

Alkitab Versi Borneo

Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

Borneo Sabda Limited
Lean sinn:



Sanasan