Mazmur 149 - Alkitab Versi Borneo1 Pujilah TUHAN! Nyanyikanlah kepada TUHAN lagu baru, dan pujian untuk-Nya dalam perhimpunan orang warak. 2 Biarlah Israel bergembira kerana Pencipta mereka; biarlah anak-anak Sion berbahagia kerana Raja mereka. 3 Biarlah mereka memuji nama-Nya dengan tarian; biar mereka menyanyikan pujian kepada-Nya dengan tamborin dan kecapi. 4 Kerana TUHAN berkenan akan umat-Nya; Dia akan memahkotai mereka yang rendah hati dengan penyelamatan. 5 Biarlah orang warak berbahagia dalam kemuliaan; biarlah mereka menyanyi gembira di tempat tidur. 6 Biarlah pujian tinggi bagi Allah di lidah mereka dan pedang bermata dua di tangan mereka, 7 untuk membalas perbuatan bangsa-bangsa dan menghukum kaum-kaum, 8 untuk mengikat raja-raja mereka dengan rantai, dan orang bangsawan mereka dengan belenggu besi, 9 untuk menjalankan ke atas mereka penghakiman yang tersurat. Kehormatan ini dimiliki seluruh umat-Nya yang warak. Pujilah TUHAN! |